Tuesday, August 16, 2011

dya yg terakhir..

dah lama tuan rumah nie x post pape kat blog nie.. dah bersawang rasanya.. huhuhu.. selamat bersua semula kepada para pembaca.. skarang jom ikuti apa yg bakal dipost plak.. not from WAN but from me........ ^_^

"harap ini yg terakhir".. itulah yg hati aku berkata saat ini.. aku akui, sekarang aku x nk lagi main2 tentang masa depan.. aku perlu fikir dgn sirius tentang masa depan aku.. pelajaran, kejayaan dan juga perkahwinan..

berkaitan dgn kahwin, mesti la akan cakap tentang jodoh.. ya.. jodoh.. mula dari sekarang lah kta kna doa tentang jodoh itu.. bukan doa utk pelajaran semata2.. teringat ustazah aku penah ckp.. "masa zaman remaja nie la kta kna berdoa tentang jodoh.. moga Allah berikan jodoh yg terbaik utk kta.."

seorg wanita itu pasti mencari imam yg terbaik utk dirinya.. teringat post sahabat baik aku kat FB.. "Ana Husniyah dalam proses mencari imam" ya.. memang benar aku sedang mencari imam.. imam yg dapat membimbing ku ke jalan yg benar.. dan aku rasa aku dah temui imam aku itu.. tapi, tak bermakna imam itu utk aku.. tak bermakna imam itu milik aku.. mungkin ianya dugaan utk aku lagi.. aku hanya berdoa dan berserah..

sekarang aku x pernah terlupa utk berdoa tentang imam aku itu.. aku harap sangat dya adalah yg terakhir dlm hidup aku.. mungkin imam itu akan membawa aku bersamanya ke syurga.. aku percaya dya dapat membimbing aku.. sbb aku seorg yg lemah, perlukan bimbingan seseorg disamping mendapat hidayah daripadaNYA..

mungkin aku hanya bertepuk sebelah tangan tentang bab imam ini.. mungkin dya tidak berfikir seperti aku.. aku pon x tahu.. yg pasti, aku dah ada perancangan masa depan aku.. yg lain biarlah DYA yg tentukan.. aku hanya mampu merancang.. kadang2 rasa mcm nk berterus terang ja kepada imam itu.. tapi, sapa lah aku.. takut diri ini dimalukan oleh diri sendiri..

aku rasa bila mereka2 yg baca post aku nie, mesti tergelak.. mesti ada yg kata.. "dya nie, baru umur 19 dah fikir psal benda2 nie semua.. gatai sangat nk kahwin kot.." aku x kisah dgn semua itu.. cakap lah apa yg nk cakap.. asalkan aku tahu aku x buat benda yg salah..

klu boleh, sebelum aku meninggalkan dunia ini, aku nk jadi seorg isteri mithali.. supaya aku dapat masuk ke syurga dgn tiket istri solehah seperti bidadari lain yg telah dijanjikan syurga.. syurga di bawah tapak kaki ibu dan juga suami.. bukan setakat tiket sebagai anak anak solehah.. malah aku juga ingin doa daripada ank yg soleh.. ^_^

wahh.. begitu besar angan2 aku.. angan2kah ini.. fikir2kan lah sendiri.. kadang2 aku jelez bila tengok org yg kahwin awal nie.. baru2 ini aku ada terjumpa seorg ustazah.. dya juga kawin awal pada usia seperti aku, 19 tahun.. aku panggil ustazah umi.. kata ustazah umi.. " bagus ja klu nk kawin awal nie.. bnyk faedahnya.. kadang2 Allah permudahkan kita berkahwin awal sbb ada hikmahnya.. mungkin dgn kahwin awal apat elakkan kita daripada benda2 yg x sepatutnya.. dan ingat, ada hikmah juga Allah x bg kta kahwin awal.. mungkin dgn kahwin awal, akan lebih memudaratkan diri kita.. Allah tahu apa yg terbaik.."

baru aku sedar, x semua org mampu kawin awal.. mungkin ada sbbnya Allah buat begitu.. seperti ustazah umi cakap.. so, aku aku berserah ja sekarang.. memang la klu boleh diri nie nk kahwin awal, sbb aku nk jauh dari semua maksiat.. maksiat yg buat diri ini dimurkai Allah.. tapi, bukan semudah itu.. satu lagi, bukan senang mak ayah nk bg anak2nya kahwin awal.. so, aku sentiasa berdoa agar Allah permudahkan jalan dan lembutkan hati mak ayah aku.. klu mak ayah x redha, Allah x kan redha.. kunci Allah permudahkan jalan dan susahkan jalan perkahwinan mungkin ada pada mak ayah.. dari situlah kta kena lihat..

wahhh.. jauh sangatkah aku tlah melencong nie.. huhuhu.. maaf kepada semua.. lepas habis baca, sila kosongkan fikiran anda daripada post ini.. huhuhu.. sekian~~~~

by MADU..




0 comments:

Related Posts with Thumbnails
 

Blog Template by SuckMyLolly.com